Senarai Semua Pengumuman oleh AJK


Pengurusan Jenazah & Khairat Kematian

Pengurusan Jenazah & Khairat Kematian
Pengurusan Badan khairat Taman Indah dengan ini mempelawa tuan/puan untuk menjadi ahli khairat kematian di bawah Badan Khairat Kematian Taman Indah. Bagi yang berminat bolehlah berbuat demikian dengan mengisi borang yang telah dimajukan ke setiap rumah dan memulangkan kepada kami dengan kadar segera.
Berikut adalah keistimewaan yang ditawarkan kepada ahli :
• Menghadiahkan bacaan tahlil Arwah pada malam Jumaat pertama selepas berlaku kematian. (dilaksanakan di surau Al-Iman Taman Indah)
• Bantuan sebanyak RM 800 untuk proses urusan jenazah , setakat hari ini untuk urusan pengurusan jenazah sekitar RM 750 – RM 800, ini termasuk memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan, dan mengkuburkan (termasuk perkhidmatan van jenazah Masjid Tun Ghafar Baba) masjid Sungai Udang, ke tanah perkuburan.
Segala keistimewaan di atas hanya akan diperolehi setelah pihak kami diberitahu dan sebagai makluman keistimewaan yang ditawarkan ini juga adalah termasuk:
• Ahli dan Pasangan
• Anak-anak
• Tanggungan yang tinggal serumah
*Dengan syarat anak dan tanggungan yang telah didaftarkan dalam borang keahlian.
Tindakan Jika Berlaku Kematian – Di Rumah.
1. Sila dapatkan pengesahan Kematian dari Doktor/klinik.
2. Dengan surat pengesahan kematian tersebut buat Laporan Polis di Balai Polis berdekatan : Balai Polis Sungai Udang.
3. Sila Dapatkan Permit Perkebumian dari Balai Polis Tersebut dan serahkan salinan Asal kepada Pihak Masjid untuk pengurusan Perkebumian.
4. Hubungi Pihak AJK badan Khairat / untuk bayaran urusan Jenazah dan Perkebumian.
Jika Kematiaan DiHospital/Klinik Swasta.Tindakkan di Para 1 dan 2 diatas akan dibuat oleh Pihak Hospital/klinik. Jika tidak, perlu diuruskan sendiri seperti diatas.
No Telefon Pihak AJK Badan Khairat untuk Dihubungi:
NAMA JAWATAN TELEFON
Encik Zubairi bin Muhammad Yang Dipertua 013-9301490
Encik Khairul Rohaizad bin Rosli Naib yang Dipertua 012-6057411
Encik Noazwan bin Ramli Setiausaha 011-13138970
Encik Rozlan bin Muji Bendahari 010-8448794
En Mohd Rafi bin Abu Seman Penolong Setiausaha 012-6250659
Encik Khalid bin Yusof AJK 019-6711033
Encik Omanyashar bin Zainal AJK 012-6138417
Encik Afandi bin Kadir AJK 011-23286219


Assalamualaikum Warahmatullah.
Adalah dimaklumkan bahawa badan Khairat akan melaksanakan kutipan yuran bagi tahun 2018 bermula pada minggu hadapan. Diharap semua ahli dapat memberi kerjasama bagi melicinkan perjalanan kutipan ini. Sekiranya terdapat masalah tentang pembayaran ini bolehlah berbincang dengan pihak bendahari ataupun jawatankuasa teratas yang ada.
Sekiranya terdapat perubahan diatas maklumat tanggungan ahli, sila maklumkan pada Setiausaha untuk dikemaskini.
Sekian untuk makluman, terima kasih.

NOAZWAN BIN RAMLI , dikemaskini pada 16 January, 2018 22:45. Mula-mula diumumkan pada 23 May, 2016 17:28.


EKHAIRAT - Hasil cipta © 2012 - 2018   BRILLANTE INSIGHTS (911490-D)